DBKL sita gerai milik pemegang kad UNHCR

0
688
Anggota DBKL menyita barangan milik peniaga warga asing

CYBERJAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sebanyak lima gerai yang dikendalikan oleh pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dari Myanmar dalam satu serbuan di sekitar Wangsa Maju, hari ini.

Menurut DBKL dalam satu kenyataan, tindakan diambil di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai (WPKL) 2016 kerana berniaga tanpa lesen.

“Peralatan dan barangan yang disita telah dibawa ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras,” katanya.

Sehubungan itu, DBKL menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan peniaga warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran untuk menyalurkan maklumat lanjut.

Antara gerai milik warga asing yang disita

Katanya, maklumat berkenaan boleh disalurkan ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL yang berhampiran.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here