Dua lelaki ditahan persenda Jumaat sebagai Hari Jawi

0
644

Mior Faridalathrash Wahid

CYBERJAYA – Dua lelaki ditahan polis di dua lokasi berbeza kerana memuat naik komen mempersenda keputusan kerajaan memilih Jumaat sebagai ‘Hari Jawi’.

Menurut Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, tangkapan itu dilakukan semalam dan hari ini.

“Kedua-dua lelaki berusia 25 dan 35 tahun itu ditahan di Tanjung Rambutan, Perak dan Butterworth, Pulau Pinang.

“Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,” katanya seperti dipetik Berita Harian hari ini.

Polis sebelum ini menerima satu laporan polis yang dibuat di Kluang, Johor berhubung komen netizen mempersenda hari Jumaat sebagai ‘Hari Jawi seperti diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada minggua
lalu.

Keputusan kerajaan itu adalah sebahagian daripada usaha untuk mengekal dan memperkasa tradisi dan kebudayaan membentuk Malaysia sehingga hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here