Dulu kata Covid-19 selesema ‘kecil’, kini Presiden Brazil disahkan positif

0
212
Jair Bolsonaro

RIO DE JANEIRO – Presiden Brazil, Jair Bolsonaro semalam mengumumkan bahawa beliau positif Covid-19 selepas membuat ujian saringan virus itu semalam.

Agensi berita Xinhua melaporkan Bolsonaro menjalani ujian itu di di Hospital Angkatan Bersenjata Brazil selepas mengalami gejala dan simptom seperti batuk, demam dan sakit kepala pada Isnin lalu.

Ekoran keputusan itu, beliau telah membatalkan lawatan ke Bahia dan Minas Gerais yang dirancang minggu ini.

Bolsonaro sebelum ini dikritik berikutan kenyataannya yang mengatakan Covid-19 adalah sejenis selesema ringan sebelum negara Amerika Selatan tersebut menjadi antara negara tertinggi diserang wabak maut itu.

Beliau juga dikatakan kerap berkempen untuk merancakkan aktiviti ekonomi dan sering muncul di khalayak ramai tanpa memakai topeng muka serta mengabaikan jarak sosial.

Sepanjang Mac lalu, Bolsonaro menjalani tiga kali ujian selepas mengikuti perjalanan ke Washington yang mana 20 orang anggota delegasinya termasuk yang ditemuinya disahkan positif Covid-19.

Keputusan untuk mengumumkan ujian itu kepada umum pada mulanya ditolak namun Mahkamah Agung Brazil memutuskan arahan berbuat demikian demi kepentingan umum dan harus diterbitkan.

Brazil mengalami wabak Covid-19 kedua terbesar di dunia, sejurus selepas Amerika Syarikat. Angka kematian di negara ini telah melebihi 65,000 pada hari Isnin lalu dengan lebih 1.5 juta disahkan positif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here