DUN Sabah dibubar -Shafie Apdal

0
559
Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal

CYBERJAYA – Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hari ini mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, permohonan pembubaran itu sudah diperakukan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pagi ini.

“Saya berjumpa dengan Tun pagi ini dan atas kuasa Tun mengikut Perlembagaan Sabah beliau bersetuju (pembubaran DUN Sabah).

“Perakuan ini bagi membolehkan pilihan raya negeri dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 60 hari.

“Kita serahkan balik mandat kepada rakyat untuk menentukan siapa yang layak membentuk kerajaan negeri yang baharu. Saya yakin rakyat akan membuat keputusan yang bijak.

“Berikutan itu, cerita pasal apa saja angka dan nombor, angkat sana, angkat ini, DUN sudah terbubar,” katanya seperti dipetik Berita Harian hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Shafie yang juga Presiden Warisan berkata, beliau akan kekal sebagai Ketua Menteri sehingga selesai pilihan raya negeri dikendalikan SPR.

Semalam krisis politik di Sabah kembali bergolak apabila bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan negeri.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here