Erdogan tandatangan dekri tukar status Hagia Sophia sebagai masjid

0
1414
Hagia Sophia

CYBERJAYA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam menandatangani sebuah dekri untuk menukar semula status Hagia Sophia yang dijadikan muzium selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah kepada masjid.

Menerusi satu dekri yang dikongsi beliau menerusi Facebook miliknya, keputusan mahkamah Turki pada tahun 1934 untuk menukar Hagia Sophia sebagai muzium adalah tidak sah.

Dalam dekri tersebut menyatakan bahawa Turki akan menjaga masjid tersebut yang dikenali sebagai Masjid Ayasofya dan akan membukanya semula untuk umat Islam menunaikan solat.

Dekri yang ditandatangani Erdogan

Hagia Sophia pada asalnya dibangunkan sebagai sebuah gereja ketika empayar Kristian Byzantine pada kurun keenam tetapi diubah suai menjadi masjid selepas Konstantinopel ditakluk oleh empayar Uthmaniyah pada 1453.

Tindakan menjadikannya sebagai muzium dibuat di bawah pentadbiran pengasas Turki moden, Mustafa Kamal Ataturk.

Namun, gesaan supaya ia dijadikan masjid semula mencetuskan kemarahan penganut Kristian terutamanya berfahaman Orthodox kerana Hagia Sophia dianggap sebagai salah satu mercu tanda terhebat kebudayaan Kristian.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here