Ezad Lazim antara usahawan BMF yang hadir dalam Hari Bersama Vendor

0
446
Ezad bersama isterinya, Zeana turut hadir pada Hari Bersama Vendor di Malakat Mall, hari ini. – MALAKAT TRIBUNE

RAUDHAH CITY – Kehadiran penyanyi terkenal Ezad Lazim yang pernah menjadi vokalis kumpulan Exist menarik perhatian usahawan yang hadir dalam Hari Bersama Vendor di Malakat Mall hari ini.

Ezad atau nama sebenarnya, Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim berkata, beliau hadir dalam program tersebut bagi memahami dengan lebih baik konsep Malakat Mall yang juga merupakan pusat beli belah BMF pertama di Malaysia.

“Saya anggap saya masih baharu dalam dunia perniagaan, jadi banyak lagi yang saya perlu belajar,” kata Ezad yang hadir bersama isterinya, Zeana Ramli.

Menurut penyanyi bersuara lunak itu, beliau dan isterinya bercadang untuk memasarkan minuman Kopi Badang di pusat beli belah itu.

Ezad berkata, mereka yakin bahawa Malakat Mall bakal menjadi platform terbaik bagi usahawan terutamanya usahawan Muslim untuk meluaskan produk perniagaan masing-masing.

“Bagi saya, Malakat Mall merupakan platform terbaik buat semua produk industri kecil dan sederhana (IKS) dalam meluaskan skop perniagaan mereka,” katanya yang juga pernah membintangi filem Anak Mami.

Hari Bersama Vendor di Malakat Mall diadakan pada setiap minggu pada hari Khamis bagi memberi peluang kepada usahawan BMF unutk memasarkan produk mereka di Malakat Mall dan pasar raya, Raudhah Grocer.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here