Gambar hiasan

CYBERJAYA – Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak empat sen seliter berkuat kuasa esok hingga 10 Julai ini.
Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, harga baharu itu diputuskan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula automatic pricing mechanism (APM).

“Harga runcit diesel pula turun sebanyak dua sen seliter iaitu daripada RM1.86 kepada RM1.84.
“Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa kini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Jumaat minggu lalu, harga RON95 ditetapkan pada harga RM1.69 seliter manakala harga RON97 ialah RM1.99 seliter.-MT 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here