Hua Zong sahkan PM tidak nyata mengiktiraf UEC

0
379
Hambar hiasan

KUALA LUMPUR –  Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Goh Tian Chuan bersetuju dan menyokong kenyataan Perdana Menteri yang menegaskan bahawa pendekatan penyelesaian isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) harus berlandaskan dasar pendidikan negara.

Tian Chuan berkata, Hua Zong juga menyokong sepenuh kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa akan berbincang semula untuk mencapai kesepakatan berdasarkan dasar dan keadaan negara.

“Seperti dalam kenyataan Perdana Menteri, kerajaan (Perdana Menteri) tidak mengumumkan pengiktirafan UEC,” kata Hua Zong dalam satu kenyataan dipetik MalaysiaGazette.

Tian Chuan berkata, perkara itu merupakan isi paling penting dalam balasan Perdana Menteri terhadap isu UEC yang dibangkitkan Hua Zong dalam pertemuan pada 16 Julai lalu.

Tian Chuan juga berterima kasih kepada Perdana Menteri yang mengeluarkan kenyataan melalui Pejabat Perdana Menteri untuk memberi penjelasan susulan.

Tian Chuan mengesahkan bahawa tidak kira dalam sesi interaksi bersama Hua Zong atau dalam kenyataan ringkas melalui Facebook, Muhyiddin tidak menyatakan kerajaan mahu mengiktiraf UEC.

Jelasnya,  Hua Zong juga tidak memetik bahawa bahawa Perdana Menteri mengumumkan untuk mengiktiraf UEC.

“Memandangkan Perdana Menteri dalam pertemuan telah menegaskan bahawa ‘jika kerajaan mahu mempertimbangkan pendekatan penyelesaian UEC, maka UEC harus mengikut dasar pendidikan negara’, maka dari mana datangnya kenyataan bercanggah mengenai kerajaan mengiktiraf UEC?”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here