Impak pada ekonomi terlalu besar jika PKP dilaksanakan semula

0
290
MUHYIDDIN YASSIN

CYBERJAYA – Pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan memberi impak yang terlalu besar buat ekonomi negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua rakyat Malaysia harus berjaga-jaga dan mematuhi arahan pengamalan norma baharu bagi mengelakkan sebarang peningkatan kes baharu Covid-19 secara mendadak.

“Penutupan semula sektor-sektor ekonomi boleh menyebabkan negara kehilangan sekurang-kurangnya RM2 billion sehari dan secara langsung menyebabkan kehilangan sumber pendapatan bagi jutaan pekerja di Malaysia.,” kata Muhyiddin dalam satu sidang akhbar, sebentar tadi.

“Ini juga akan menidakkan usaha-usaha Kerajaan, sektor swasta dan NGO di bawah Pakej PRIHATIN dan PENJANA yang bertujuan untuk memulih dan menjana semula ekonomi,” katanya lagi.

Sebagai rekod, kesemua pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN, PRIHATIN Tambahan dan PENJANA yang telah diumumkan sebelum ini bernilai RM 295 bilion.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here