Jabatan Imigresen cari Md. Rayhan Kabir

0
479

CYBERJAYA- Jabatan Imigresen memohon orang ramai membantu memberikan maklumat tentang seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama Md. Rayhan Kabir.

Jabatan Imigresen dalam kenyataannya berkata, lelaki berumur 25 tahun dengan nombor pasport BW0974403 itu dicari bagi membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Katanya, alamat terakhir lelaki berkenaan ialah di Sirhan Legacy Sdn. Bhd. B-7-9 Menara Uncang Emas, Nombor 85 Jalan Loke Yew 55200, Kuala Lumpur.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Penolong Pengarah Imigresen (PPI), Nurulmasha Nazlinan Bin Hussin, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801298 / 1294 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya.

Md. Rayhan Kabir merupakan lelaki yang tampil dalam video dokumentari kontroversi terbitan Al Jazeera yang menimbulkan kemarah rakyat Malaysia.

Agensi berita yang berpangkalan di Qatar itu mengundang kemarahan rakyat negara ini selepas menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap PATI ketika Malaysia sedang mengambil langkah memerangi pandemik Covid-19.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here