Jangan tarik kempen BMF ke kancah politik jijik

0
738
MOHD. NOR IZZAT MOHD. JOHARI

CYBERJAYA – Kempen Buy Muslim First (BMF) yang dilancarkan untuk memperkasakan ekonomi umat Islam tidak wajar dijadikan ‘modal’ untuk meraih sokongan politik.

Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Noor Izzat Johari menyelar kenyataan Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil yang mengaitkan kempen BMF dengan parti Pas.

Faiz hari ini mempersoal dan menyifatkan Pas bersikap ‘dingin’ terhadap kempen tersebut.

Noor Izzat atau Cikgu Izzat berkata, kenyataan Faiz itu tidak berasas sama sekali kerana perjuangan dan kempen BMF tidak lahir daripada tajaan Pas sebaliknya diterajui oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

“Nasihat saya kepada Faiz Fadzil, nak berpolitik tetapi jangan nak tarik Kempen BMF Malaysia dalam kancah politik jijik. Jangan ganggu kami, pejuang-pejuang BMF.

“Kecuali, anda tidak kisah makan mi kuning, minyak masak dan tepung keluaran bukan Islam,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Menurut Cikgu Izzat, kempen BMF sejak dari dahulu sering diambil kesempatan oleh sesetengah pihak termasuk parti yang cuba meraih sokongan.

Namun katanya, parti berkenaan tidak langsung memberi sokongan selepas memerintah seperti kerajaan Pakatan Harapan semata-mata mahu menjaga hati parti komponen.

“Kami jawatankuasa Kempen BMF Malaysia daripada Pembela sentiasa berusaha merancakkan kempen. Dakwaan Kempen BMF Malaysia adalah anjuran parti adalah salah sama sekali,” katanya.

Menurutnya, kempen yang telah berlangsung dengan baik itu telah terbukti berjaya dengan kelahiran pusat beli belah serba moden iaitu Malakat Mall di Cyberjaya, rangkaian pasar raya Ikhwan Mart dan pembukaan Elewmart oleh Ustaz Ebit Lew tidak lama lagi.

Malakat Mall

“Kepada Faiz Fadzil, saya ingin bertanya pula, apakah usaha Amanah dalam memperjuangkan Kempen BMF Malaysa ini?

“Berapakah kedai runcit Muslim yang telah dibuka oleh Amanah? Kalau nak kira halal, produk kafir pun banyak yang dapat halal Jakim.

“Marilah bersama dalam perjuangan ini daripada mempolitikkan kempen yang menjadi kewajiban kita umat Islam untuk menyokong,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here