Musim haji 2020 bermula hari ini

0
206
Jemaah haji yang tiba di Masjidil Haram untuk melakukan tawaf qudum

CYBERJAYA – Jemaah haji yang dibenarkan menunaikan rukun Islam kelima itu hari ini memulakan perjalanan haji dengan melakukan tawaf qudum di Masjidil Haram.

Dalam satu perkongsian menerusi laman Facebook Haramain menunjukkan para jemaah menunaikan ibadat tersebut dengan mengikuti norma baharu.

Antaranya dengan melakukan penjarakan sosial ketika bertawaf dan memakai topeng muka.

Arab Saudi sebelum ini menghadkan bilangan jemaah kepada 1,000 orang tahun ini berikutan penularan wabak Covid-19.

Daripada jumlah itu, sebanyak 70 peratus adalah warga asing yang menetap di negara itu dan baki 30 peratus untuk rakyat tempatan.

Selain itu, turut terpilih ialah lapan rakyat Malaysia terpilih, terdiri daripada pelajar dan pekerja di Jeddah, Madinah dan Riyadh.

Sementara itu, eaok merupakan Hari Arafah di mana para jemaah haji akan wuquf di Arafah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here