Jenazah guru yang maut jatuh dari balkoni sekolah selamat dikebumikan

0
503
Mohd. Radzi mengusung keranda cikgu Rosli selepas selamat disolatkan

CYBERJAYA – Jenazah guru Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah, Allahyarham Rosli Abdul Aziz yang maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat satu bangunan sekolah selamat dikebumikan hari ini.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Mohd. Radzi Md Jidin.

Menerusi satu hantaran dalam laman Facebook miliknya, Mohd. Radzi menzahirkan ucapan takziah kepada Allahyarham.

“Alhamdulillah, usai solat subuh pagi tadi, ratusan jemaah turut menyertai solat jenazah Arwah cikgu Rosli di Masjid Besar Tanah Merah.

“Kami dimaklumkan oleh imam masjid, antara hajat arwah adalah agar jenazah beliau disolatkan di Masjid Besar Tanah Merah,” katanya.

Mohd. Radzi berkata, jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Pondok Lama, Tanah Merah untuk dikebumikan.

“Semoga seluruh ahli keluarga arwah diberikan kesabaran, ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi ujian ini,” ujarnya.

Allahyarham cikgu Rosli

Semalam, Allahyarham Rosli yang juga guru mata pelajaran Matematik disahkan maut akibat parah pada kepala.

Kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu berlaku ketika mangsa melakukan pemeriksaan bersama beberapa guru lain di kawasan balkoni terbabit, bagi memastikan setiap sinki yang dipasang di dalam kelas berfungsi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here