Kari kambing ‘meletup’ di Bunch-Oh Malakat Mall

0
473

RAUDHAH CITY- Kari Kambing RM5.

Itu tawaran menarik pada hujung minggu untuk digandingkan bersama roti canai terbang Melayu di Restoran Bunch-Oh di Malakat Mall.

Kuah kari yang pekat dengan menggunakan daging kambing berkualiti itu merupakan hasil tangan istimewa Cef Zainal Abidin Yahya.

Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Cef Zack berkata, kari kambing itu dimasak dengan mengunakan resepinya yang tersendiri.

“Saya tidak menggunakan santan dan cara tumisannya juga berlainan dengan kari kambing di tempat lain. Kuahnya pekat dan secukup rasa.

“Saya berani beri jaminan, apabila anda makan kari kambing ini, ianya sama dengan kari yang popular di India,” katanya.

Menurut Cef Zack, terdapat dua hidangan pilihan kari kambing di Bunch-Oh iaitu set individu berharga RM5 dan set keluarga berharga RM20.

“Selain kuah yang pekat, daging kambing juga sangat lembut. Orang kata, kalau kunyah boleh cair dalam mulut, jadi datanglah dan cuba sendiri,. Kami beroperasi pukul 7 pagi hingga 10 malam” katanya.

Selain itu katanya, hidangan kari kambing ini sesuai untuk dimakan bersama pelbagai pilihan roti canai di Bunch-Oh terutamanya roti canai sarang burung.

“Kita ada pelbagai pilihan roti canai di sini dan yang terbaharu ada roti canai sarang burung iaitu olahan saya sendiri untuk dinikmati para pelanggan.

“Roti canai sarang burung lain dari yang lain, anda kena datang dan cubanya sendiri. Jika dipadankan dengan kari kambing memang meletup,” katanya.

Dalam pada itu, berkongsi pengalamannya dalam dunia masakan, Cef Zack berkata, beliau sudah ‘masak’ dalam bidang kulinari selama lebih 30 tahun dan telah merantau ke pelbagai negara.

“Dalam dunia masakan ini, saya telah merantau ke pelbagai negara seperti Brunei, Singapura dan India. Negara terakhir yang saya tawarkan perkhidmatan ialah di China.

“Saya di China selama lima tahun untuk pertunjukan masakan tradisional selain mengajar tukang masak muda di negara berkenaan tentang masakan tradisional Malaysia,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here