Kehadiran tetamu ketika raya haji mungkin dihadkan jika kes Covid-19 meningkat

0
252
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Langkah mengehadkan kehadiran tetamu dan aktiviti ziarah untuk sambutan Aidiladha pada Jumaat minggu hadapan mungkin dikuatkuasakan sekiranya berlaku peningkatan membimbangkan kes Covid-19.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, buat masa ini kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk mengehadkan kehadiran tetamu.

“Semuanya bergantung kepada angka kes jangkitan baharu dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

“Keadaan boleh berubah mengikut keadaan dan situasi semasa, sebelum ini kita tidak sekat kehadiran tetamu pada hari biasa, jadi untuk Raya Haji mengapa kita perlu sekat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pihaknya juga akan memaklumkan kemudian prosedur operasi standard (SOP) Hari Raya Haji ini.

Beliau berkata, sekiranya berlaku peningkatan kes, kemungkinan besar SOP itu akan diubah.

Sejak beberapa hari lalu, jumlah kes Covid-19 di seluruh negara kembali meningkat.

Lebih membimbangkan apabila kebanyakan kes itu berpunca daripada kes import dan kegagalan menjalani kuarantin di rumah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here