Keputusan kes SRC: Najib didapati bersalah terhadap semua tujuh pertuduhan

0
267

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah terhadap ketujuh-tujuh pertuduhan melibatkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap kesemua pertuduhan terhadap Najib, 67.

“Oleh itu saya mendapati tertuduh bersalah dan mensabitkan tertuduh terhadap kesemua tujuh pertuduhan,” kata hakim itu memetik laporan Bernama hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here