Kita adalah ‘barisan hadapan’ dalam perangi Covid-19

0
167
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Setiap individu dalam masyarakat perlu memainkan peranan sebagai ‘barisan hadapan’ dalam memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau percaya fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang dilalui ini akan dapat dilepasi dengan jayanya jika semua rakyat Malaysia memainkan peranan masing-masing.

“Ahli keluarga dan anggota masyarakat mestilah sentiasa nasihat-menasihati dan ingat-mengingati antara satu sama lain.

“Tak mengapalah kalau dikata berleter pun kerana ini amat penting. Ini kerana kita semua sayangkan keluarga kita,” kata Muhyiddin lagi.

Muhyiddin turut menyeru para ketua-ketua kampung, imam dan ketua komuniti supaya ‘turun padang’ dan bertemu dengan anggota komuniti yang berada di lapangan.

“(Jumpa mereka) Samada di kedai kopi, restoran, pasar pagi atau kedai-kedai menjual barangan keperluan harian. Nasihati mereka supaya memakai pelitup muka dan jaga penjarakan sosial.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here