KKM sambut baik keputusan Kerajaan wujudkan semula pusat kuarantin

0
225
NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menyambut baik keputusan Kerajaan untuk mewujudkan kembali pusat-pusat kuarantin bagi menempatkan individu yang masuk ke dalam negara dari luar.

KKM dalam satu kenyataan menyebut, tiga kluster yang masih aktif kini iaitu kluster Novgorod, Shirala dan Piktawa adalah berpunca daripada kes import dan kemudiannya berjangkit menjadi kes tempatan.

“Justeru, KKM menyambut baik keputusan Kerajaan mewujudkan semula pusat-pusat kuarantin bermula Jumaat ini,” kata KKM kenyataan ringkas yang dimuatnaik di media sosial.

Terdahulu, keputusan kerajaan mengenai pusat kuarantin ini diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang akhbar, tengah hari tadi.

Beliau dipetik sebagai berkata, individu yang dikenakan perintah tersebut perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin di stesen-stesen kuarantin, berdasarkan kos yang telah dipersetujui sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, isu sebenar mengenai perintah kuarantin bukan terletak pada lokasi, tetapi pada ketidakpatuhan individu yang dikenakan perintah tersebut.

“Isunya adalah ketidak patuhan apabila mereka duduk di rumah, sepatutnya kuarantin, tetapi bergaul rapat dengan ahli keluarga, jadi ahli keluarga dijangkiti,” kata Noor Hisham ketika sesi soal jawab sejurus mengadakan satu sidang akhbar, sebentar tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here