KKM umum penutupan PKRC Serdang mulai 15 Julai ini

0
150
Dr. Adham bersama pesakit Covid-19 terakhir didiscaj dari PKRC Serdang (kiri), hari ini. – FB/Dr. Adham Baba

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan penutupan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MAEPS (PKRC) di Serdang berkuat kuasa 15 Julai ini.

Penutupan pusat ini berikutan pengurangan kes aktif yang masih memerlukan rawatan, dan mengambil kira kemampuan pihak hospital dalam menangani kes yang akan datang di seluruh negara.

Buat masa ini, terdapat 64 kes yang dklasifikasi sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan sedang menerima rawatan di hospital di seluruh negara.

Dan hari ini, pesakit yang terakhir menerima rawatan di PKRC telah didiscaj dan dibenarkan pulang.

Hadir pada majlis hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba; Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Datuk Dr. Norhizan Ismail; dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman.

PKRC Serdang ini diilhamkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai salah satu langkah proaktif Kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19 di dalam negara.

Untuk rekod, sehingga hari ini, PKRC telah berjaya merawat seramai 1,362 orang pesakit di mana majoriti adalah orang bukan warga negara (86 peratus) dan 14 peratus lagi adalah warga negara.

Pusat ini juga merupakan satu usaha kolaborasi pelbagai agensi yang diterajuj oleh KKM dan melibatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara
(NADMA), Markas Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Penjara Malaysia, Malaysia Genome Institute dan MAEPS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here