Kru Al Jazeera terlibat dalam penerbitan dokumentari kontroversi hadir ke Bukit Aman

0
390
Sebahagian babak dalam dokumentari tersebut

CYBERJAYA – Polis hari ini mengambil keterangan enam kakitangan stesen penyiaran Al Jazeera di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Mereka yang hadir bersama tujuh peguam tiba di Bukit Aman pukul 8.50 pagi tadi untuk memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Memetik laporan Berita Harian, enam kakitangan itu terdiri daripada penerbit, editor, wartawan dan jurukamera serta mereka yang terbabit dalam menerbitkan dokumentari kontroversi “Locked Up In Malaysia’s Lockdown”.

Semalam, polis memaklumkan memanggil empat saksi daripada pihak Al Jazeera untuk hadir memberi keterangan berhubung isu dokumentari berkenaan pada pukul 10 pagi.

Bagaimananapun, enam kakitangan bersama tujuh peguam hadir ke Bukit Aman lebih awal hari ini daripada masa ditetapkan oleh pihak polis, dipercayai untuk mengelak liputan media.

Polis sebelum ini mengumumkan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut, Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.

Stesen penyiaran tersebut sebelum ini mencetuskan kemarahan seluruh rakyat Malaysia apabila membuat laporan tidak tepat menerusi satu dokumentari mengenai cara Malaysia menangani pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika mengekang pandemik Covid-19.

Laporan tersebut seolah-olah memberi gambaran Malaysia menindas dan berlaku kejam terhadap PATI yang ditahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here