Kuarantin wajib: 255 individu masih ingkar jalani ujian saringan kedua

0
149

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Kerajaan mengesan terdapat 255 individu masih ingkar untuk menjalani ujian saringan Covid-19 buat kali kedua selepas diarahkan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah sebaik tiba dari luar negara.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berikutan itu Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau individu yang masih gagal berbuat demikian.

“Mereka digesa untuk tampil ke pejabat kesihatan daerah (PKD) yang berdekatan untuk ujian saringan.

“PDRM akan mengambil tindakan jika mereka masih ingkar termasuk kompaun RM1,000 ataupun penjara maksimum dua tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, semalam, sebanyak 536 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan KLIA2 dari Pakistan, Indonesia, Qatar, Singapura, Jepun, United Kingdom, Vietnam, Belanda, India dan China.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 535 individu telah diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka manakala seorang lagi dibawa ke hospital.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here