Legenda Kedah kembali

0
282
Radhi Mat Din

CYBERJAYA – Legenda bola sepak Kedah, Muhammad Radhi Mat Din dilantik sebagai Naib Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dalam satu kongres luar biasa hari ini.

Perkara itu diumumkan menerusi laman Facebook FA Kedah selepas beliau menang tanpa bertanding.

Dalam pada itu, Muhammad Radhi yang pernah menjadi penolong jurulatih Kedah mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan itu.

“Terima kasih atas sokongan dan doa semua pihak. Doakan yang terbaik untuk pasukan kesayangan kita,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Sementara itu, dalam kongres tersebut Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor turut dilantik sebagai Presiden baharu KFA menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukriz sebelum ini telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah pada Mei lalu.

Perlembagaan KFA sebelum ini menetapkan presiden persatuan itu adalah menteri besar dan perlembagaan baharu yang diubah pada tahun 2010 menyaksikan jawatan tersebut bukan lagi dilantik secara automatik sebaliknya dipertandingkan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here