Liga Super, Liga Premier dibenarkan dimainkan semula

0
101
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju untuk membenarkan penganjuran semula pertandingan Liga Super dan Liga Premier bola sepak (MFL) bermula 15 Ogos ini selepas terpaksa dihentikan berikutan penularan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, turut dibenarkan dianjurkan semula ialah Liga Sepak Takraw (STL), Liga Hoki (MHL) dan Liga Ragbi (MRL).

Bagaimanapun, katanya, pertandingan itu perlu diadakan tanpa kehadiran penonton.

“Pelaksanaan aktiviti sukan dan penganjuran kejohanan perlu diadakan dalam keadaan yang terkawal oleh operator premis dan penganjur acara dengan SOP am pengurusan, SOP am pra-penganjuran dan SOP am penganjuran yang perludi patuhi.

“Antaranya setiap peserta atau pemain yang masuk perlu memuat turun aplikasi MySejahtera, disaring suhu badan dan gejala sakit, kawalan bilangan petugas dan pengguna dihadkan dan mengikut sesi dan keluasan premis, peralatan perlu dibersih dan dinyahkuman selepas setiap penggunaan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pengguna juga digalakkan membuat tempahan atau pengesahan slot secara atas talian atau melalui telefon sebelum hadir ke premis.

Sementara itu, katanya, penganjuran acara antarabangsa yang melibatkan peserta dari luar negara adalah tidak dibenarkan lagi buat masa ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here