MAB beri diskaun 20 peratus untuk guru, pensyarah

0
182
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Syarikat penerbangan, Malaysia Airlines Berhad (MAB) bersetuju untuk memberikan diskaun sebanyak 20 peratus kepada guru peringkat persekolahan dan pensyarah institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta bagi perjalanan domestik.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tarikh penempahan itu akan bermula dari esok sehingga 10 Ogos untuk tarikh perjalanan dari 10 Julai sehingga 30 November ini.

“Diskaun boleh diperoleh melalui tempahan atas talian dengan memasukkan kod promo yang akan diumumkan melalui Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),” katanya dalam sidang akhbar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, diskaun sebanyak 20 peratus juga diberikan kepada pelajar melalui program MH Explorer yang boleh diperolehi dengan menjadi ahli MH Explorer melalui sesawang rasmi Malaysia Airlines.

Katanya, diskaun pelajar itu akan terus dinikmati sehingga 30 November ini atau tempoh keahlian tamat mengikut syarat keahlian MH Explorer.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pengurusan MAB atas kesudian untuk menawarkan diskaun-diskaun ini.

“Diharapkan syarikat-syarikat penerbangan lain juga boleh turut serta dalam usaha untuk menurunkan harga tiket penerbangan,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here