Mahu Malakat Mall di tempat anda? Daftar dan nikmati kelebihan jadi ahli KoPPIM

0
807

RAUDHAH CITY – Lebih banyak Malakat Mall dapat diwujudkan di seluruh negara melalui penyertaan lebih ramai ahli Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

Meor Ezree Syazrin

Kordinator Pendaftaran dan Pendaftaran Keanggotaan KoPPIM, Meor Ezree Syazrin berkata, antara usaha yang dilakukan untuk memperluaskan perniagaan Malakat Mall adalah melalui pembelian saham KoPPIM yang melabur dalam perniagaan pusat beli belah itu.

Beliau berkata, pembangunan dana itu bukan sahaja wajar disertai umat Islam untuk meraih dividen sebaliknya sebagai tanggungjawab untuk membina sebuah ekosistem ekonomi Islam yang sebenar.

“KoPPIM merasakan Malakat Mall adalah platform terbaik untuk menjayakan matlamat untuk umat Islam menguasai ekonomi.

“Jadi kalau mahu tengok Malakat Mall di tempat anda, pastikan anda jadi ahli KoPPIM,” katanya ketika ditemui di Malakat Mall di sini baru-baru ini.

Menurut Meor Ezree, hanya melalui pembangunan ekosistem ekonomi Islam yang kukuh sahaja kuasa pengguna sebagai pemilik ekonomi dan persekitaran perniagaan yang adil dapat dikembalikan.

“Perjuangan kita dalam koperasi KoPPIM ini tidak sama dengan koperasi-koperasi lain atas prinsip umum dan kepentingan umat Islam.

“Melalui cara ini sahaja kita dapat tentukan game plan kita. Di peringkat pengurusan, kita mensasarkan pembukaan 100 Malakat Mall lagi di seluruh negara.

“Tetapi usaha ini memerlukan sokongan seluruh umat Islam,” katanya.

Meor berkata, bagi menjayakan sasaran keanggotaan satu juta ahli KoPPIM pihaknya menawarkan pembelian syer pada harga RM100 sebulan selama 10 tahun dengan tawaran dividen antara lapan hingga 15 peratus.

“Sebelum ini kempen sokongan dan pengumpulan dana dibuka pada harga RM500 sebulan tetapi sekarang diturunkan kepada RM100 sebulan bagi membolehkan lebih ramai orang mendaftar.

“Dengan bayaran RM100 sebulan dan RM30 (pendaftaran), sesiapa sahaja boleh menjadi pemilik bersama Malakat Mall,” katanya.

Mengulas mengenai keanggotaan koperasi, KoPPIM kini menerima kira-kira 24,000 permohonan keahlian dan telah meluluskan pendaftaran 11,500 ahli.

Meor berkata, dalam usaha mencapai sasaran satu juta ahli pihaknya turut memperkenalkan ‘program rujukan’ yang melayakkan ahli menerima imbuhan sebanyak RM10 bagi setiap satu pendaftaran yang dibawa masuk.

“Bayaran RM10 ini akan dibayar tiga bulan sekali bagi ahli-ahli yang bertungkus-lumus berkempen untuk menambah dana KoPPIM,” katanya.

Sementara itu tambah beliau, pihaknya juga bercadang untuk menjadikan semua 103 cawangan tadika Brainy Bunch di seluruh negara sebagai tempat pendaftaran ahli koperasi KoPPIM.

“Buat masa ini pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di alamat www.koppim.com.my,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here