Malakat Mall buka banyak ruang dan peluang buat pengusaha IKS

0
251
Saifulizan (kanan) ketika sesi ‘product pitching’ pada Hari Bersama Vendor di Malakat Mall, hari ini. – MALAKAT TRIBUNE

RAUDHAH CITY – Berbekalkan niat untuk menjadi seorang pembekal makanan laut sejuk beku yang suci dan halal, kini perniagaan secara pukal yang dimulakan semakin berkembang hingga ke peringkat jualan runcit.

Menurut Pengarah Ocean Oishii, Saifulizan Ibrahim, sektor perniagaan yang kurang diceburi oleh orang Melayu ini mempunyai banyak ruang dan peluang untuk diperkembangkan.

“Saya bermula kira-kira dua setengah tahun dahulu dengan membekalkan ikan sardin kepada pengilang,” kata Saifulizan ketika ditemui pada Hari Bersama Vendor di Malakat Mall di sini hari ini.

Bermula sebagai pembekal secara pukal, kini, Saifulizan sedang agresif mengembangkan perniagaan miliknya itu ke bidang peruncitan pula.

SAIFULIZAN

Saifulizan merupakan salah seorang daripada kira-kira 100 penggiat industri kecil dan sederhana bumiputera yang hadir menunjukkan minat untuk turut serta sebagai permbekal di pasar raya nombor satu produk Muslim itu.

Majlis itu dirasmikan oleh pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil.

Sepanjang tiga jam program itu berlangsung, Coach Fadzil turut menerangkan kepada usahawan yang hadir tentang asas dan matlamat perjuangan Malakat Mall.

“Konsep Malakat Mall sangat menarik dan ini merupakan satu peluang kepada golongan IKS bumiputera untuk mempromosikan produk mereka,” kata Saifulizan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here