Malakat Mall dibuka hingga pukul 12 tengah malam esok, tawar pelbagai promosi menarik

0
252

Malakat Mall

RAUDHAH CITY – Pusat beli belah, Malakat Mall yang akan dibuka sehingga pukul 12 tengah malam esok menawarkan pelbagai barangan menarik dengan potongan harga istimewa.

Menurutnya dalam satu kenyataan, antara yang menarik ialah promosi barang kelengkapan rumah trending dan promosi istimewa sempena pra pembukaan butik fesyen muslimah, BySerra.

Acara menarik esok

Selain itu, katanya, terdapat juga pertunjukan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengenai teknik bantuan kecemasan (CPR) untuk pesakit jantung dan teknik menyelamatkan bayi tersedak susu.

Antara promosi barang kelengkapan rumah

“Turut dianjurkan ialah program istimewa bersama Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim atau Coach Fadzil dan aktiviti kanak-kanak bersama maskot Malakat Mall iaitu Hang Bangkit,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, terdapat juga sesi jualan dan rasa produk pilihan #BMF di ruang legar pusat beli belah itu.

Katanya, antara produk yang mengambil bahagian ialah Adia Global, Sedap Murtabak, Sambal Aqena dan Puteri Kek.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here