Malakat Mall pusat beli belah pertama tubuh pasukan CDERT APM

0
489
Komander CDERT Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Mohamad Shahrum Osman semasa lawatan tapak krusus asas APM di Malakat Mall, Cyberjaya. foto – FARID JANUDIN

RAUDHAH CITY – Malakat Mall bakal menjadi pusat beli belah pertama di Malaysia yang mempunyai Pasukan Tindakan Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) di bawah seliaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menurut Komander CDERT APM, Datuk Mohamad Shahrum Osman, pasukan tersebut yang akan memulakan tugasnya pada bulan hadapan berperanan sebagai pasukan barisan hadapan sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau bencana.

“Sekiranya berlaku bencana, pasukan ini akan menjadi barisan hadapan, yang mana sebelum bomba atau pasukan lain datang mereka sudah menguruskannya sendiri

“Selain itu, kita juga bercadang untuk menyediakan perkhidmatan ambulans di sini khusus untuk masyarakat setempat dan pelanggan yang datang ke Malakat Mall.

“Katakanlah tiba-tiba ada pelanggan yang mengalami sesak nafas di sini, jadi mereka boleh menjadi pasukan respon awal sebelum kita hantar ke hospital,” katanya ketika ditemui di Malakat Mall di sini hari ini.

Komander CDERT Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Mohamad Shahrum Osman bersama Pengarah Food and Baverage (F&B) Malakat Mall, Aziz Juhari berbincang sesuatu semasa lawatan tapak krusus asas APM di Malakat Mall, Cyberjaya. foto – FARID JANUDIN

Terdahulu, Mohamad Shahrum bersama pasukan APM Daerah Cheras mengadakan lawatan ke Malakat Mall di Cyberjaya di sini.

Dalam lawatan tersebut, mereka disambut oleh Leftenan Kolonel CDERT APM Malakat Mall, Abdul Aziz Juhari.

Komander CDERT Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Mohamad Shahrum Osman (lima dari kanan) bersama Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Istighfar Hamidon (empat dari kanan), Pengarah Food and Baverage (F&B) Malakat Mall, Aziz Juhari (tengah) dan para pegawai APM bergambar semasa lawatan tapak krusus asas APM di Malakat Mall, Cyberjaya. foto – FARID JANUDIN

Sementara itu, Mohamad Shahrum, pasukan CDERT APM Malakat Mall akan mempunyai struktur sendiri iaitu dengan diketuai oleh pengasas Malakat Mall iaitu Mohd. Fadzil Hashim sebagai Kolonel.

Komander CDERT Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Mohamad Shahrum Osman (tengah) bersama Pengarah Food and Baverage (F&B) Malakat Mall, Aziz Juhari (kanan), Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Istighfar Hamidon dan para pegawai APM semasa lawatan tapak krusus asas APM di Malakat Mall, Cyberjaya. foto – FARID JANUDIN

Tambahnya, pasukan tersebut akan memulakan tugasnya pada minggu kedua bulan hadapan sebelum satu acara rasmi dilancarkan selepas itu.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, sehingga kini terdapat seramai 95 orang telah mendaftar sebagai anggota APM CDERT Malakat Mall dan pihaknya masih membuka keahlian anggota kepada mereka yang berminat.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here