Malakat Mall, Tahan Sports dan Brainy Bunch tandatangani MoU dengan D’Lagoon Chalet & Restaurant

0
852


CYBERJAYA – Malakat Mall, Tahan Sports dan juga Brainy Bunch hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan D’Lagoon Chalet & Restaurant.


Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, kerjasama itu melibatkan penyediaan pakej-pakej pengembaraan dan percutian di Pulau Perhentian di Terengganu.


Mohd. Fadzil berkata, kerjasama berkenaan juga akan menjadikan D’Lagoon Chalet & Restaurant sebagai lokasi pembelajaran serta kajian bagi pengemar aktiviti skuba.


“Melalui kerjasama ini, pengusaha tempatan juga dapat memupuk kesedaran betapa pentingnya kita untuk menjaga ekosistem flora dan fauna di dasar laut dan juga pantai kepada pengunjung Malakat Mall.


“Kami menyasarkan penglibatan kanak-kanak yang bermula dari umur empat tahun sehingga remaja 25 tahun di dalam setiap program yang akan dilaksanakan dalam kerjasama ini.


“Kerjasama ini juga akan mendapat kerjasama pakar termasuk dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Professional Association of Diving Instructors (Padi) dan juga Hugs Projects,” katanya.


Menurut Mohd. Fadzil, terdapat beberapa program akan dijalankan hasil persetujuan bersama seperti program pendidikan menjaga alam sekitar terutamanya di pantai dan laut.


“Kita juga akan adakan program memupuk untuk orang mencintai hidupan marin selain program pembersihan dan pemuliharaan kawasan eko perlancongan yang terlibat.


“Kita juga akan anjurkan program percutian pengembaraan keluarga yang menerapkan ilmu kemahiran kelangsungan hidup selain aktiviti skuba dan juga lesen menyelam,” katanya.

Dalam pada itu katanya, melalui kerjasam selama dua tahun itu, Tahan Sports akan menawarkan pakej-pakej pengembaraan bersama keluarga ke D’Lagoon Chalet & Restaurant dengan harga yang berpatutan.

“Tahan Sports juga menyediakan program sesi kongsi ilmu di Tahan Sports di mana ia melibat speaker bagi program adalah dari D’Lagoon Chalet & Restaurant,” katanya.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here