Md Rayhan disenaraikan hitam dari memasuki Malaysia selamanya

0
300
Md Rayhan ditahan semalam oleh pasukan imigresen

CYBERJAYA – Lelaki Bangladesh yang muncul dalam sebuah dokumentari terbitan Al Jazeera, Md Rayhan Kabir akan disenaraikan hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, Md Rayhan juga akan diusir keluar dari negara ini selepas berjaya ditahan semalam di ibu negara.

“Jabatan Imigresen mengesahkan warganegara Bangladesh yang dikehendaki, Md Rayhan telah ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen dari Unit Risikan Operasi Jabatan Imigresen Putrajaya, semalam pukul 5.45 petang, di Setapak Kuala Lumpur.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama dua minggu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Khairul turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai terlibat di atas usaha dan komitmen mereka.

Pada 3 Julai lalu, Md Rayhan yang muncul dalam satu dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown yang diterbitkan oleh Al Jazeera mendakwa kerajaan menindas warga asing ketika mengendali kes Covid-19.

Susulan itu, imigresen memohon bantuan orang ramai untuk menjejaki lelaki tersebut yang telah menyembunyikan diri selepas tersebar berita dia sedang diburu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here