Md Rayhan Kabir akhirnya berjaya dicekup

0
390
Md Rayhan Kabir ditahan oleh pasukan imigresen hari ini. Gambar media sosial

CYBERJAYA – Selepas lebih tiga minggu melarikan diri, lelaki Bangladesh yang muncul dalam sebuah dokumentari terbitan Al Jazeera, Md Rayhan Kabir berjaya ditahan oleh Jabatan Imigresen.

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan petang tadi.

Md Rayhan Kabir ditahan di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur selepas mendapat maklumat hasil risikan daripada sepasukan pegawai dan anggota bahagian risikan ibu pejabat Jabatan Imigresen.

Imigresen sebelum ini memohon bantuan orang ramai untuk menjejaki lelaki tersebut berikutan dakwaannya bahawa kerajaan bertindak tidak adil terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika mengendali kes Covid-19.

Kritikan tersebut bukan sahaja membangkitkan kemarahan orang ramai malah turut mendapat kecaman daripada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here