Pasar raya milik Ustaz Ebit hampir siap

0
651
Ustaz Ebit di hadapan pasar raya Elewsmart yang hampir siap

CYBERJAYA – Sebanyak 10 pasar raya milik pendakwah terkenal Ebit Lew, Elewsmart dijangka dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi.

Dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit menunjukkan gambar pintu masuk bahagian hadapan pasar raya itu yang sudah hampir siap.

Dengan menggunakan motto ‘Saudaraku, Murah’, pasar raya tersebut juga akan menyediakan ‘food bank’ atau bekalan makanan percuma kepada mereka yang memerlukan.

“Doakan ya. Terima kasih mendoakan Elewsmart. Dah semakin hampir hari pembukaan Elewsmart 10 cawangan.

“Tak sabar setiap cawangan ada Food Bank untuk orang yang memerlukan dan ingin beri dan akan letak dengan harga murah,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut berdoa supaya pembukaan pasar raya utuk dapat memberikan kebaikan pada semua.

“Ya Allah, berkatilah usaha ini. Berkati dan rahmatilah semuanya. Jadi asbab kebaikan buat semua,” ujarnya.

Bulan lalu, Ustaz Ebit mengumumkan 10 cawangan ElewsMart akan dibuka Lembah Klang iaitu di Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya dan Sungai Buloh.

Selain itu, pasar raya itu juga akan beroperasi di Balakong, Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here