Pasar raya milik Ustaz Ebit Lew dibuka 18 Julai ini, barangan promosi dijual bawah RM1

1
3506
Ustaz Ebit Lew

CYBERJAYA – Cawangan pertama pasar raya Elewsmart milik pendakwah terkenal, Ebit Lew iaitu di Bandar Baru Bangi akan dibuka pada 18 Julai ini.

Menurut Ebit yang lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit, cawangan kedua pasar raya itu iaitu di Kajang pula akan dibuka sehari selepas itu manakala lapan cawangan lain akan dibuka pada minggu berikutnya.

Lebih menarik, beliau berkata, barangan tersebut akan dijual pada harga paling murah.

“Pohon doakan Elewsmart letak harga paling murah untuk semua, dan sekarang nak bagi promosi untuk hari grand opening (pembukaan) di setiap cawangan,” katanya dalam satu hantaran menerusi Facebook miliknya.

Antara barangan yang dijual bawah RM1

Dalam hantaran tersebut beliau turut menunjukkan poster beberapa senarai barangan promosi yang akan dijual pada harga bawah RM1.

Antaranya, mi Magee yang dijual pada harga 90 sen, ais krim jenama Cornetto (10 sen), minuman Nescafe dalam tin (40 sen), susu krimer pekat manis (70 sen) , biskut (90 sen) dan kicap manis jenama Cap Kipas Udang (90 sen).

Sementara itu, hantaran dalam Facebook beliau mendapat sambutan luar biasa apabila mendapat lebih 210,000 tanda suka, 16,000 komen dan 20,000 perkongsian.

Rata-rata warga maya menyambut baik usaha tersebut dan berharap dapat membantu lebih banyak orang yang tidak berkemampuan mendapatkan barangan harian pada harga murah.-MT

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here