“Patuh pada perintah kuarantin 14 hari” – PM

0
135
MUHYIDDIN YASSIN

CYBERJAYA – Warga negara yang pulang dari luar negara dinasihatkan supaya mendisiplinkan diri dan patuh pada perintah kuarantin 14 hari bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Jika masih berdegil, kerajaan akan menggunakan tindakan undang-undang ke atas mereka yang bersalah.

“Saya juga hendak mengingatkan saudara-saudari yang pulang dari luar negara supaya menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari dengan penuh berdisiplin,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dalam satu sidang akhbar, sebentar tadi.

“Sekiranya anda gagal mematuhi arahan pengasingan ini, penalti boleh dikenakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 jika disabitkan kesalahan,” katanya lagi.

Perdana Menteri juga tidak menolak kemungkinan kerajaan akan menempatkan kembali rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara di pusat-pusat kuarantin bagi mengawal kes-kes import dengan lebih berkesan.

“Penguatkuasaan undang-undang juga akan ditingkatkan dengan denda yang lebih berat akan dikenakan ke atas mereka yang didapati melanggar undang-undang dan peraturan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here