Pemakaian topeng muka diwajibkan

0
395
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Berkuat kuasa 1 Ogos ini kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak susulan penambahan banyak kluster baharu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu juga dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Trend jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan walaupun sedikit demi sedikit dan KKM melaporkan kadar pematuhan operasi pematuhan standard (SOP) dalam kalangan orang ramai semakin menurun termasuk di kawasan pengangkutan awam.

“Mengambil kira semua aspek itu, kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak,” katanya dalam sidang akhbar khas hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, orang ramai dibenarkan menggunakan pelitup muka yang dijahit sendiri mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Semalam sahaja, KKM mengesan dua kluster baharu iaitu Hyde Park dan PUI Melbourne.

Keadaan tersebut menyebabkan orang ramai mula bimbang sekiranya berlaku gelombang ketiga Covid-19 di Malaysia ekoran penularan kes import.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here