Pembekal gembira, produk licin di Raudhah Grocer

0
1619

RAUDHAH CITY- Kebanyakan pembekal barangan ke Raudhah Grocer di Malakat Mall tersenyum puas apabila produk mereka laku keras bagaikan goreng pisang panas.

Rata-rata mereka menyatakan perkara yang yang sama iaitu pesanan bertambah setiap bulan kerana terdapat permintaan yang amat baik dalam kalangan pelanggan di situ.

Pegawai Pemasaran Springco Sdn. Bhd, Khairi Said berkata, beras dan juga air mineral yang dibekalkan ke Raudhah Grocer mendapat sambutan yang amat baik.

Khairi berkata, syarikatnya menyertai Raudhah Grocer sejak Malakat Mall dibuka pada Mac lalu dan boleh dikatakan ada pesanan barangan pada setiap bulan dan sentiasa bertambah.

“Saya ada juga buat tinjauan di dalam Raudhah Grocer, bila tengok rak barangan saya, saya gembira kerana ia menjadi pilihan pelanggan. Terima kasih juga kepada Raudhah Grocer.

“Mereka (Raudhah Grocer) juga buat promosi terhadap barangan yang dijual, langkah itu amat membantu memperkenalkan lagi produk usahawan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi pembekal Raudhah Grocer bersama Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim semalam.

Selain itu, Pengurus Pemasaran Adia Global (M) Sdn. Bhd, Muhamad Firdaus Johan Ooi berkata, pes masakan jenama syarikatnya mula dikenali selepas dipasarkan di Raudhah Grocer.

Katanya, sebelum ini, jenama Adia Global kurang dikenali namun, sekarang ia mula mendapat tempat dalam kalangan pelanggan yang telah mencuba dalam masakan.

“Kami ada empat pes yang dipasarkan di Raudhah Grocer iaitu masak merah, nasi ayam hainan, ayam rendang dan perapan. Semuanya dapat sambutan yang baik.

“Dalam sebulan Raudhah Grocer buat pesanan enam dozen bagi setiap pes. Alhamdulillah ia cukup banyak dan Raudhah Grocer merupakan pasar raya pertama yang kami masuk,” katanya.

Selain itu katanya, pes masakan Adia Global dijual pada harga RM8.90 dan ianya berpatutan dan dibeli oleh semua termasuk barangan-barangan lain yang dijual di Raudhah Grocer.

“Harga jualan di Raudhah Grocer bergantung kepada syarikat pembekal dan ‘profit margin’ Raudhah Grocer. Harga yang ditawarkan berpatutan dan bersesuaian dengan pemasaran, katanya.

Sementara itu, Pengurus Operasi Zon Tengah & Selatan Kopi Cap Dua Daun, Anwar Ridhawi Abdul Rahim berkata, kopi keluaran syarikatnya mula dikenali di Lembah Klang selepas menyertai Raudhah Grocer.

“Kopi Cap Dua Daun mula diterima oleh pelanggan di sekitar Lembah Klang, berlaku peningkatan jualan yang baik. Sejak sertai Mac lalu, pesanan bertambah setiap bulan.

“Saya juga ada maklumkan kepada pelanggan di sekitar Cyberjaya untuk dapatkan kopi ini secara terus di Malakat Mall, ia secara tidak langsung dapat perkenalkan lagi pusta beli belah ini,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here