Penguatkuasa Jawi diberi lesen penuh tarbiah transgender

0
455

KUALA LUMPUR – Semua penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diberi ‘lesen penuh’ untuk mentarbiah golongan transgender supaya golongan yang mengalami kecelaruan itu kembali ke pangkal jalan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, setiap transgender yang ditangkap oleh Jawi akan diberi pendidikan dengan cara yang paling berhikmah mengikut ajaran agama Islam.

“Saya beri lesen penuh kepada semua penguat kuasa Jawi untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Bagaimanapun, Zulkilfi menegaskan, operasi penguatkuasaan ke atas golongan transgender perlu dibuat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Islam adalah agama yang mendidik. Langkah ini perlukan usaha bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama),” katanya.

Kenyataan Zulkifli itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan golongan transgender yang semakin berani mendedahkan kegiatan songsang dan bukti pembedahan jantina yang dikhuatiri akan mempengaruhi orang lain.

Terbaru, seorang usahawan kosmetik transgender menimbulkan kemarahan warga net selepas memuat naik gambar berunsur lucah di akaun media sosialnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here