Pesawat pejuang AS terhempas, juruterbang terselamat

0
217

NEW YORK – Sebuah jet pejuang Viper F-16 Tentera Udara Amerika Syarikat terhempas semasa mendarat di pangkalan Tentera Udara Holloman di New Mexico semalam, menyebabkan juruterbangnya cedera, lapor agensi berita Xinhua.

“Pesawat itu  terhempas semasa mendarat di Holloman AFB kira-kira 1800 MDT (2400 GMT) hari ini. Juruterbangnya berjaya menyelamatkan diri dan mengalami cedera ringan, kini sedang dirawat akibat kecederaan ringan,” memetik kenyataan yang dimuat naik di laman web Tentera Udara Holloman.

Pasukan tindak balas kecemasan masih berada berada di tempat kejadian dan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kejadian. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here