PKP dilaksana semula sekiranya kes meningkat kepada 3 angka

0
224
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula oleh kerajaan sekiranya kes positif Covid-19 terus meningkat sehingga mencecah tiga angka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaako berkata, sekiranya dikuatkasakan semula semua pergerakan akan dihadkan semula.

“Empat hari berturut-turut kes meningkat. Laporan Kementerian Kesihatan (KKM) mengatakan kes meningkat disebabkan kealpaan kita sendiri.

“Kita lupa apabila kita melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang akhirnya kes semakin meningkat,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian hari ini.

Terdahulu, beliau melawat anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wakaf Mek Zainab.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan juga akan mengumumkan SOP Aidiladha esok berikutan kebimbangan kes Covid-19 terus meningkat.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, setakat ini perjalanan rentas negeri masih lagi dibenarkan melainkan ada pengumuman lain esok.

“Kita semua patut menjadi barisan hadapan dan nasihatkan keluarga terdekat supaya mengikut SOP.

“Apa yang membimbangkan Aidiladha nanti bila acara sembelih lembu, tiada jarak sosial dilakukan dan selepas itu majlis kenduri pula diadakan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here