Polis temukan mayat datuk bandar Seoul

0
144
PARK WON-SOON

CYBERJAYA – Polis Korea Selatan telah menemukan mayat datuk bandar Seoul setelah tujuh jam beliau dilaporkan hilang oleh anak perempuannya, awal pagi tadi.

Menurut portal The Guardian, mayat Park Won-soon ditemukan berhampiran sebuah restoren di kawasan berbukit di utara Seoul, lebih tujuh jan operasi mencari dilakukan.

Jurucakap Jabatan Polis Metropolitan Seoul, Choi Ik-su berkata, tiada bukti meragukan atau nota bunuh diri ditemukan di lokasi mayat tersebut ditemukan dan kediaman Won-soon, dan enggan mengulas lanjut mengenai punca kematian.

Difahamkan, sebelum ini Won-soon berdepan tuduhan laporan gangguan seksual yang difailkan oleh salah seorang setiausahanya.

Sebelum menjawat jawatan datuk bandar, Won-soon merupakan seorang peguam dan aktivis hak asasi, yang memperjuangkan kesama rataan jantina.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here