Rakyat bimbang kemunculan kluster ‘bossku’

0
278
Dilaporkan lebih 2,000 orang berkumpul di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyaksikan perbicaraan kes dana SRC berjumlah RM42 juta membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

CYBERJAYA -Walaupun negara masih lagi di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), tindakan ribuan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dikhuatiri mencetuskan kluster Covid-19 baharu.

Kehadiran orang ramai pada pagi tadi untuk mengiringi dan memberi sokongan perbicaraan bekas Perdana Menteri itu jelas sekali melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Bukan sahaja berarak dalam jumlah yang terlalu ramai dengan jarak yang terlalu rapat, sebahagian daripada mereka juga tidak memakai topeng penutup muka dan dan berasak ketika Najib Razak tiba dan meninggalkan mahkamah.

Video dan gambar pada hari perbicaraan itu tular di media sosial petang ini dan mendapat kecaman orang ramai yang melabelkan mereka yang hadir sebagai ‘kluster bossku’.

Wan Zaleha : Mcm kebal sgt semua ni xkene covid,dgn xikut sop nye….xtau nk ckp ape..semuanye betul2 menyusahkn krjaan.

Azila Sata: Nauzubillah min dzalik dr kejahatan hamba2 Mu (covid19)

Honda CBR : Get ready Malaysia, kluster Boskur

Orang ramai jelas tidak menghiraukan pematuhan SOP Covid-19.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan pada petang ini melalui ciapan Twitternya turut membuat hantaran dalam nada kecewa yang dikaitkan dengan insiden di Mahkamah Tinggi pagi tadi.

“Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya 1 meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan. Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri,” katanya

Najib merupakan bekas Perdana Menteri pertama yang didakwa di mahkamah di negara boleh dihukum penjara antara dua hingga 20 tahun dan juga boleh didenda jutaan ringgit. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here