Rashid cipta sejarah jadi Yang Dipertua Dewan Rakyat interim pertama

0
1048
Datuk Rashid Hasnon

CYBERJAYA – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon mencipta sejarah apabila menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat interim pertama berikutan terdapatnya usul supaya Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof mengosongkan jawatan yang disandangnya itu.

Rashid berkata, perkara itu merupakan satu sejarah kepada negara kerana belum pernah berlaku sebelum ini.

“Dalam tempoh usul Yang Dipertua Dewan Rakyat dikosongkan siapa jadi interim? Dari pukul 1 tengah hari sampai 2.30 petang, saya interim.

“Ini merupakan satu sejarah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Sidang Dewan Rakyat ditangguhkan hari ini.

Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan usul yang dikemukakan oleh Perdana Menteri supaya Mohamad Ariff mengosongkan jawatan yang disandangnya sejak Dewan Rakyat pertama kali bersidang selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Tempat beliau digantikan oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun.

Sementara itu, Rashid berkata, bagi kelancaran persidangan Dewan Rakyat mereka akan bekerjasama sebagai satu pasukan.

“Esok akan mula proses 10 hari perbahasan mengenai usul titah diraja. Hari Selasa dan Khamis pula akan diadakan soal jawab dengan menteri selama satu jam setengah.

“Kita akan bekerja dalam pasukan untuk melihat Dewan Rakyat menjadi lebih baik,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here