Raudhah Grocer 812 di Taman Putra Perdana akan dibuka bulan ini

0
499

RAUDHAH CITY- Raudhah Grocer 812 dengan gabungan konsep kedai Acheh yang dinaik taraf beserta dengan konsep Family Mart akan membuka cawangan pertamanya di Putra Perdana, Puchong bulan ini.

Malakat Mall dalam kenyataan di laman Facebooknya berkata, perjuangan utama Raudhah Grocer 812 ialah bagi memberi alternatif kepada penduduk setempat.

Katanya, pelbagai barangan keperluan rumah sama ada barangan segar, barangan basah mahupun barangan kering akan dijual di Raudhah Grocer 812 itu nanti.

“Selain daripada itu antara kelainan konsep Raudhah Grocer 812 ialah ianya akan mempunyai ‘uptrend kiosk’ yang akan menjual makanan dan minimum.

‘Malah, Raudhah Grocer 812 ini juga akan dilengkapi dengan ruangan solat, ruangan infak dan juga tandas. Mungkin ada bertanya kenapa nama Raudhah Grocer 812.

“Sebenarnya 812 ini ialah waktu operasi yang akan bermula pada pukul 8 pagi hingga pukul 12 tengah malam,” katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Selain itu katanya, selainbelian terus dari kedai, Raudhah Grocer 812 juga ada menawarkan pembelian secara dalam talian dengan tawaran perkhidmatan yang sangat istimewa.

“Kami tawarkan perkhidmatan penghantaran percuma sejauh 70 kilometer (km) dengan tiada pembelian minima selain tempoh maksima penghantaran 48 jam,” katanya.

Dalam pada itu katanya, penduduk Taman Putra Perdana Puchong perlu berbelanja di Raudhah Grocer 812 kerana kedai berkenaan milik semua dengan hanya RM100 melalui KoPPIM.

“Anda juga membantu membina ekosistem ekonomi Islam bebas riba, membantu usahawan pembayar zakat, boleh mendapat dividen selain membantu wujudkan pasar produk Muslim yang tidak menjual arak dan barangan yang tidak halal.

“Jadi kepada semua warga Taman Putra Perdana, Puchong jom beramai-ramai lakukan langkah pertama dengan menjadi ahli KoPPIM dengan mendaftar sebagai ahli KoPPIM di www.KoPPIM.com.my dan kemudian apabila Raudhah Grocer telah beroperasi, terus berbelanja di Raudhah Grocer 812,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here