Sarawak hadkan tempoh masa operasi perniagaan di tiga bahagian

0
108
KUCHING 11 APRIL 2016. Secara rasminya Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan hari ini untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) diadakan. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mengumumkan tarikh pembubaran pada 31 Mac lepas selepas dipersetujui oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud. NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA

KUCHING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini memutuskan, tempoh masa operasi perniagaan di tiga bahagian iaitu Kuching, Samarahan dan Serian yang merupakan zon kuning/merah Covid-19 dihadkan dari pukul 6.00 pagi hingga 10.00 malam berkuatkuasa 1 Ogos 2020.

Pengerusinya yang juga Timbalan Ketua Menteri I Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan itu dibuat mengambil kira beberapa kemungkinan, berdasarkan maklumat kes-kes Covid-19 yang telah dilaporkan sebelum ini.

“Jumlah kes aktif yang dilaporkan di Sarawak masih tinggi iaitu sebanyak 70 kes. Daripada jumlah itu, Kuching merekodkan sebanyak 52 kes dengan 38 kes merupakan jangkitan tempatan dan 14 adalah kes import, manakala di Samarahan pula, kes jangkitan tempatan sebanyak 11 dan kes import sebanyak dua,” katanya pada sidang media Covid-19 di sini, semalam.

Sementara itu, Uggah berkata, semua warganegara Malaysia termasuk rakyat Sarawak yang balik dari Semenanjung, Sabah dan Labuan, akan dikuarantin di Pusat Kuarantin yang telah disediakan Kerajaan, dan sampel ujian Covid-19 akan diambil pada hari kedua, sekiranya keputusan ujian adalah negatif, mereka dibenarkan balik ke rumah tanpa perlu menyambung baki kuarantin.

“Semua kos kuarantin dan ujian sampel akan ditanggung oleh Kerajaan Sarawak untuk semua rakyat Sarawak, termasuk penjawat awam Persekutuan yang bertugas di Sarawak.

“Bagi mereka yang tidak tergolong seperti dinyatakan di atas, mereka perlu menanggung sendiri kos kuarantin dan ujian sampel Covid-19. Arahan ini berkuatkuasa dari 1 hingga 14 Ogos 2020,” katanya memetik laporan Bernama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here