Semak semula kuarantin di rumah – Najib

0
400
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan supaya memperketatkan kawalan kuarantin untuk mereka yang tiba dari luar negara susulan pertambahan kes baharu melibatkan kes import sejak beberapa hari lalu.

Beliau berkata, kerajaan juga digesa supaya menyemak semula keputusan untuk membenarkan kuarantin di rumah sendiri dengan serta-merta.

“Jika kos merupakan faktor, kenapa membenarkan kuarantin di rumah, saya percaya mereka yang tiba atau pulang dari luar negara mampu menampung kos bagi kuarantin 14 hari dalam pusat kuarantin rasmi negara atau dalam hotel-hotel yang telah disyorkan kerajaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya.

Hari ini, sebanyak empat kluster baharu dikenalpasti yang mana tiga kluster melibatkan kes import dan kes melibatkan warganegara asing.

Mengulas lanjut, Najib berkata, mereka yang tiba dari luar negara perlu dianggap sebagai kes suspek dan dikendalikan sehingga sampai ke pusat kuarantin atau hotel.

Pada masa sama, tegasnya, mana-mana individu yang ingkar kuarantin wajib perlu berdepan dengan penjara mandatori dan bukan dengan denda kompaun RM1,000 sahaja.

“Warga Malaysia tidak mahu apa yang menimpa Australia sekarang yang kini mengalami gelombang kedua Covid-19 akibat kelemahan sistem kuarantin mereka berlaku di Malaysia

“Saya percaya rakyat Malaysia sudah tidak larat untuk mengulangi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama enam minggu lagi setelah kita sudah berkorban selama dua bulan.

“Kerugian kepada ekonomi kita jika kita terpaksa mengulangi tempoh PKP adalah sangat besar,” tegasnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here