Semua video masakan Sugu Pavithra dipadamkan

0
367
Saluran Youtube Sugu Pavithra yang telah dikosongkan.

CYBERJAYA – Perselisihan faham antara pasangan Youtuber terkenal, S.Pavithra dan suami, M. Sugu terus mencetuskan tanda tanya apabila semua kandungan video di saluran Youtube mereka dipadamkan.

Kontroversi terbaharu itu dilihat bertentangan dengan kenyataan S. Pavithra sebelum ini yang memutuskan untuk kembali menumpukan perhatian kepada saluran Sugu Pavithra kendalian mereka.

Pada masa yang sama, pasangan itu juga mengumumkan tidak mahu sebarang tawaran anugerah bagi mengelak konflik.

Warga net petang ini dikejutkan dengan ‘kehilangan’ semua kandungan video di saluran yang mempunyai 186,000 pengikut dengan 34 juta jumlah tontonan sejak tular awal tahun lalu.

Konflik pasangan itu mendapat perhatian umum apabila S. Pavithra diserang oleh suaminya di kawasan tempat letak kenderaan Hospital Ipoh yang dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati M. Sugu apabila namanya tidak disebut untuk tercalon dalam anugerah ikon Bandaraya Ipoh, baru-baru ini.

Selepas memaafkan suaminya, Pavithra baru-baru ini meminta mereka diberikan ruang untuk menyelesaikan konflik peribadi mereka.

Komen daripada warga net hari ini mengharapkan hubungan pasangan itu kembali pulih dan menyambung semula perkongsian video memasak yang semula ini tular dan mendapat perhatian daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here