Seorang lelaki langgar perintah kuarantin dikompaun

0
182
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Seorang lelaki rakyat tempatan dikenakan kompaun selepas melanggar syarat kuarantin wajib di rumah dengan berada di sebuah kedai makan.

Menurut Polis Daerah Manjung dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, lelaki berusia 51 tahun itu dikompaun selepas didapati sedang berkeliaran di kedai makan di kawasan Kampung Jering, Ayer Tawar, Perak dengan memakai gelang tangan kesihatan.

“Pemeriksaan gelang tangan yang dipakai oleh lelaki tersebut dapati tarikh bermula kuarantin pada 18 Julai hingga 1 Ogos,” katanya.

Dalam pada itu, polis turut memberi amaran supaya mana-mana individu yang diperintahkan menjalani kuarantin di rumah supaya mematuhi larangan ditetapkan.

“Polis Manjung akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang memakai gelang Covid-19 sekiranya mereka melanggar perintah kuarantin di rumah,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here