Siasatan kepada China: AS tampil beri sokongan kepada WHO

0
103

 

GENEVA – Ketika Amerika Syarikat (AS) yang dilihat sudah berputus angin dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kuasa dunia itu tiba-tiba menyatakan sokongan kepada dalam siasatan mengaitkan Covid-19 berasal dari China. 

Tindakan tidak disangka itu tambil selepas Presiden AS, Donald Trump yang bertindak memutuskan sokongan dan bantuan kewangan yang selama ini disalurkan kepada WHO dan kepada Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) 

Duta Besar AS di PBB, Andrew Bremberg berkata, pihaknya mengalu-alukan penyelidikan WHO dan berharap pihak berkuasa China sedia menawarkan akses penuh kepada data, sampel dan lokaliti kepada pasukan saintis dan menantikan laporan tepat pada masanya.

“Kami melihat penyelidikan ilmiah sebagai langkah yang perlu supaya mendapat pemahaman yang lengkap dan telus mengenai bagaimana virus ini boleh menjangkiti ke seluruh dunia.

“Harap China akan beri akses penuh,” katanya.

Semalam seorang ahli epidemiologi dan pakar kesihatan haiwan dari WHO melawat China untuk mengenal pasti punca haiwan yang mengakibatkan tersebarnya wabak Covid-19 itu.

WHO mendedahkan pasukan pakarnya akan berada di Beijing pada hujung minggu bagi membolehkan misi penyelidikan di lapangan lebih meluas bagi mengenal pasti bagaimana virus dari haiwan itu menjangkiti manusia.

Setakat ini, pandemik mengorbankan sekurang-kurangnya 556,000 nyawa dan menjangkiti lebih daripada 12.4 juta orang sejak ia muncul di China pada Disember lalu.

Pakar dan saintis percaya virus pembunuh itu berasal dari pasar di tengah-tengah bandar Wuhan yang menjual haiwan-haiwan eksotik untuk hidangan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here