SMI Cars tawar diskaun sehingga 50 peratus sempena pembukaan bilik pameran baharu

0
424

SMI Cars menawarkan diskaun sehingga 50 peratus sempena pembukaan bilik pamerannya esok

CYBERJAYA – Pengedar dan pengimport kenderaan import, SMI Cars Sdn. Bhd. akan menawarkan diskaun sehingga 50 peratus sempena pembukaan bilik pameran baharunya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur esok.

Menurut Pengarah Urusannya, Irene Deanna Maarof Khan, pemberian tersebut sebagai menyambut seruan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memulihkan semula ekonomi negara pasca Covid-19.

“Inisiatif ini disambut selepas ia diumumkan oleh Perdana Menteri ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) baru-baru ini.

“Sehubungan itu, SMI Cars akan menawarkan promosi istimewa sempena Merdeka ini dengan pemberian diskaun cukai jualan sehingga 50 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara kenderaan import yang terdapat di bilik pameran SMI Cars

Irene Deanna berkata, kadar diskaun tersebut bergantung kepada jenis kenderaan yang dipilih oleh pelanggan.

Tambahnya, penurunan harga itu juga memberi peluang kepada mereka yang berhasrat untuk mendapat kereta idaman dengan harga lebih murah berbanding biasa.

“SMI berharap dengan harga yang lebih rendah bagi memiliki kenderaan import ini akan meningkatkan lagi keterujaan pengguna dan sekali gus dapat meningkatkan ekonomi negara,” katanya.

Majlis pelancaran bilik pameran baharu SMI Cars di Jalan Ampang esok

Sementara itu, Irene Deanna berkata, sehingga kini bilik pameran itu mempunyai lebih 150 pelbagai model kenderaan import seperti Mustang, Lamborghini, Maserati, Range Rovers, Mercedes dan BMW.

Selain itu, katanya, terdapat juga jenama Audi, Lexus, Mini Cooper dan model popular Toyota iaitu Vellfire, Alphard dan Estima.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here