Smokey Tea, teh segar dalam botol

0
403
Hasrizal (kiri) ketika mempromosikan produk Smokey Tea di Malakat Mall, semalam. – MALAKAT TRIBUNE

CYBERJAYA – Segala perit jerih selama dua tahun membangunkan produk sendiri tidak mematahkan semangat seorang pengusaha muda daripada terus mencuba untuk mengetengahkan produk buatannya.

“Dan hasilnya, inilah produk yang dapat saya hasilkan sendiri,” kata Hasrizal Hamar yang tampil dengan produk minuman teh berperisa, Smokey Tea.

Hasrizal ditemui ketika mempromosikan produk buatannya di Malakat Mall, semalam.

“Saya bermula dengan jualan di dalam gelas besar di kedai menyebabkan saya terikat di lokasi tersebut.

“Jadi, timbullah idea untuk membotolkan minuman ini,” kata Hasrizal sambil menambah, dia mengambil masa selama dua tahun sebelum berjaya menghasilkan produk yang kini boleh didapati di Raudhah Grocer dan beberapa premis jualan terpilih.

Istimewanya produk ini, ia dihasilkan tanpa dicampurkan sebarang bahan pengawet, tetapi inovasi dalam proses pembotolannya menyebabkan ia mampu disimpan lebih lama dari produk segar yang setara dengannya.

Namun, bagi Hasrizal, proses pembangunan produk tidak terhenti di situ sahaja.

“Kini saya sedang berusaha untuk menambah beberapa lagi perisa.

“Saya cuba fikirkan kehendak orang ramai dalam memenuhi selera mereka. Mungkin ada yang suka pada rasa asli, ada juga yang suka pada yang berperisa,” kata Hasrizal lagi.

Ketika ini, produk minuman teh dalam botol ini mempunyai dua perisa iaiti hazelnut dan preto.

Smokey Tea merupakan produk 100 peratus buatan Muslim dan dikilangkan sepenuhnya di Shah Alam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here